Si Scalliwatty

Tekst
Loe katkendit
Märgi loetuks
Kuidas lugeda raamatut pärast ostmist
Si Scalliwatty
Šrift:Väiksem АаSuurem Aa

Si Scalliwatty

ROTIMI OGUNJOBI

Penterjemah : Azimah Arifin

Hak cipta © 2019 Rotimi Ogunjobi

Hak cipta terpelihara.

DEDIKASI

Kepada semua kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira usia

KANDUNGAN

The Scalliwatty

DEDIKASI

KANDUNGAN

SCALLIWATTY MEMBUAT RANCANGAN JAHAT

SCALLIWATTY MEMAKAN ANAK-ANAK HARIMAU BINTANG

SCALLIWATTY DI JAMUAN BESAR

SCALLIWATTY MEMBUNUHHARIMAU BINTANG

PENGAKHIRAN HIDUP SCALLIWATTY

MENGENAI PENULIS

SCALLIWATTY MEMBUAT RANCANGAN YANG JAHAT

Scalliwatty ialah seekor binatang yang licik dengan rupa yang sangat pelik. Dia kelihatan seperti musang namun mempunyai cengkerang di belakangnya seperti seekor kura-kura. Kebanyakan haiwan yang tinggal di Kota Rimba mengelak daripada Scalliwatty kerana dia bukan sahaja seekor makhluk yang sangat jahat tapi juga seekor haiwan yang menawan.

Suatu hari, Scalliwatty pergi melawat sang Harimau Bintang.

"Wahai kawanku Harimau Bintang, aku mahu membantumu membuat sesuatu yang akan menjadikan kamu lebih terkenal daripada Raja Singa. Aku akan menghias anak-anakmu dengan tompok yang tidak pernah dilihat di mana-mana. Dan apabila aku sudah mewarnakan mereka, semua haiwan di Kota Rimba ini akan sedar yang Raja Singa bukanlah tandinganmu. Akhirnya, semua binatang di Kota Rimba akan bersama-sama melantik kamu sebagai raja dan bukan Singa. Haiwan-haiwan itu semua akan melutut dan merayu di depan engkau: Hidup Raja Harimau Bintang"!

Sang Harimau Bintang begitu gembira mendengar perkara ini dan dia terus memeluk Scalliwatty dengan mesra.

"Bila kamu mahu melakukan perkara ini untukku?” Tanya Harimau Bintang.

"Mula-mula kamu harus membina sebuah rumah kecil berdekatan dengan sungai. Rumah ini mesti ada hanya sebuah pintu dan sebuah tingkap. Dan selepas kamu telah siap membinanya, aku akan bawa ketujuh-tujuh ekor anakmu bersamaku ke rumah itu dan kami akan tinggal bersama-sama selama tujuh hari untuk aku mengecat tompok-tompok yang cantik pada badan mereka” beritahu Scalliwatty kepada Harimau Bintang.

Apabila Harimau Bintang memberitahu perkara ini kepada isterinya, isterinya begitu marah dan kecewa namun Harimau Bintang ialah seekor haiwan yang degil dan tidak mahu mengikut nasihat isterinya. Maka, sang Harimau Bintang pun membina sebuah rumah kecil dengan satu pintu dan satu tingkap berhampiran dengan tebing sungai yang lebar dan besar berdekatan dengan rumahnya.

.

Olete lõpetanud tasuta lõigu lugemise. Kas soovite edasi lugeda?