Loe raamatut: «Lucilla Yang Suka Berangan»

Font:

Maria Grazia Gullo - Massimo Longo

Lucilla

Yang Suka Berangan

Diterjemah oleh Azimah Arifin

Hak cipta © 2019 M.G.Gullo – M.Longo

Imej di kulit buku, ilustrasi dan grafik dibuat dan diedit

oleh Massimo Longo dan Lucia Longo

dibantu oleh Alfio Longo

Hak cipta terpelihara.

Lucilla

Yang Suka Berangan.

Bukan hanya sekali malah sudah beribu-ribu kali ibunya berpesan kepada anak perempuan kecilnya agar memberikan tumpuan apabila membuat kerja rumah.Walaupun di sekolah Lucilla adalah seorang kanak-kanak yang sangat rajin dan pintar, tapi di rumah dia sangat teruk: dia selalu mengelamun.

Apabila ibunya memberikan sesuatu kerja yang amat penting, gadis kecil ini selalu tidak menumpukan perhatian dan hanya menyiapkan separuh daripada tugasan yang diberi.

Lucilla adalah seorang gadis yang mempunyai mata yang berkilau dengan rambut ikal mayang paras bahu.

Dia tinggi dan kurus untuk gadis seusianya, meski apa pun masalah yang mungkin ditimbulkan dia sentiasa membawa kegembiraan di dalam rumah itu.

Lucilla dan keluarga tinggal di atas bukit di dalam hutan; mereka sangat bahagia walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Namun begitu, ia tidak pernah menghalang mereka untuk menjadi orang yang pemurah dan menjaga wanita tua yang tinggal di seberang bukit.

Beberapa tahun sebelum itu semasa dia masih kecil, ibu Lucilla yang seorang anak yatim dibesarkan oleh wanita tua itu. Wanita tua itu ialah seperti seorang nenek kepada Lucilla.

Namun pada hari itu Nenek Tina tidak sihat kerana dia terkena selsema yang agak teruk.

Ibu Lucilla yang kita namakan sebagai Camomile kerana kesabaran beliau, pada hari itu berasa sangat penat untuk pergi melawat Nenek Tina.

Jadi, dia bercadang untuk menyuruh Lucilla melakukannya.

- Lucilla! Lucilla! - ibunya beberapa kali memanggil dengan menjerit sekuat hati dari jendela yang menghadap taman rumah mereka.

Akan tetapi Lucilla seperti berada di sebuah planet yang lain: kelihatan seperti dia sibuk bercakap dengan tupai yang sedang berjongkok di atas pohon epal keluarganya.

“Ini tidak bagus” fikir ibunya namun dia benar-benar keletihan dan ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Seseorang harus bantu untuk menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada Nenek Tina.

Tasuta katkend on lõppenud.

Žanrid ja sildid

Vanusepiirang:
0+
Ilmumiskuupäev Litres'is:
07 märts 2021
Objętość:
14 lk 11 illustratsiooni
ISBN:
9788835418214
Tõlkija:
Õiguste omanik:
Tektime S.r.l.s.
Allalaadimise formaat:
Audio
Keskmine hinnang 4,2, põhineb 791 hinnangul
Mustand, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,8, põhineb 82 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,7, põhineb 469 hinnangul
Mustand
Keskmine hinnang 4,5, põhineb 33 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 4,2, põhineb 134 hinnangul
Audio
Keskmine hinnang 4,7, põhineb 1869 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,9, põhineb 23 hinnangul
Audio
Keskmine hinnang 4,6, põhineb 906 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 5, põhineb 20 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul