Maht 60 lehekülgi
Raamatust
Megan adalah seorang remaja psikik, yang belum berjumpa sesiapa yang boleh memahami kuasa beliau… tiada yang bernyawa maksudnya.
'Salah Faham' adalah cerita pendek mengenai seorang gadis yang mula sedar akan kebolehannya melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain, walaupun ada segelintir kawan-kawan sekolahnya yang berkata mereka juga mempunyai keupayaan psikik pelik yang sama. Nama gadis itu ialah Megan dan dia berusia dua belas tahun di sini, dalam buku pertama. Megan ada dua masalah yang amat rumit. Yang pertama adalah ibunya takut dengan keupayaan terpendamnya dan bukan sahaja tidak membantu malah berusaha menekannya dan yang kedua ialah ibunya tidak dapat mencari seorang guru yang boleh membantunya dalam pembelajaran kuasa ghaib, psikik itu. Dia berusaha berbincang dengan ibunya, tetapi dapat jeritan pendek dan ibunya tidak bersusah payah untuk memberitahu ayahnya, sebab dia tahu yang ibunya tidak bersetuju dengannya dan sesungguhnya, Megan mahukan sokongan dari ibunya. Megan merasakan ada pertalian senyap antara mereka. Mungkin ianya pertalian yang berlaku antara semua ibu-ibu dengan anak-anak gadisnya, tetapi ianya lebih mendalam dari itu. Siapa boleh beritahu, walau Megan sendiri tidak mengetahuinya? Dia cuma tahu yang ibunya tidak mengambil peranan yang dia inginkan sebagai seorang ibu penyayang kepada seorang yang-akan-menjadi anak dara sunti, yang mempunyai kegelisahan yang dia mahukan, bukan, perlukan perbincangan dengan seseorang yang dia percayai. Megan ingin memberi masa untuk ibunya menghilangkan ketakutannya pada paranormal. Dia boleh menunggu dan juga sanggup menghadapi tindakan jahat yang diberikan secara sembunyi tanpa pengetahuan bapanya. Sekurang-kurangnya, dia boleh buat masa ini. 'Salah Faham' adalah yang pertama, sekarang ini, dua puluh-tiga cerita pendek dalam siri ini berkenaan pencerahan berterusan Megan yang mencari orang-orang yang boleh membantu dia faham bagaimana untuk berdepan dengan keajaiban, kerohanian dan perkembangan psikiknya. Kerana dia perlukan ajaran bukan sahaja apa yang boleh dilakukannya dan bagaimana melakukannya, tetapi hingga mana dia boleh menggunakan kebolehan ajaibnya. Megan adalah seorang gadis yang baik, jadi ianya jelas bahawa dia akan lebih cenderung ke arah menggunakan kuasanya untuk kebaikan, tetapi ianya bukan suatu yang mudah untuk berbuat yang betul walaupun dia tahu apa itu. Cerita-cerita ini berkenaan Megan akan menarik minat sesiapa yang sukakan kuasa psikik, keajaiban dan paranormal dan berada dalam lingkungan umur sepuluh ke seratus tahun.