Loe raamatut: «Salah Faham»

Font:

CONTENTS

 (Untitled)

 SALAH

 FAHAMOWEN JONESMohd Fazidin JabarDEDIKASITERIMAKASIHKATA-KATA INSPIRASICONTENTS1 PILIHAN HOBSON2 PENINGKATAN KESEDARAN3 PENOLONG KECIL IBU4 INSPIRASI5 JIRAN TETANGGA6 KAWAN-KAWAN MEGAN

 YANG TIDAK DIBENARKANOwen Jones1 KESUSAHAN ENCIK LEE

2 SALAH

3 FAHAM

Pemandu Roh, Hantu Harimau dan Ibu yang Menakutkan!

oleh

1 OWEN JONES

Diterjemah oleh

1 Mohd Fazidin Jabar

Hakcipta © 2021 Owen Jones

Salah Faham

Edisi ke 5

oleh Owen Jones

Diterbitkan oleh

Megan Publishing Services

https://meganthemisconception.com

Hak untuk Owen Jones sebagai penulis kerja ini ditegaskan dalam kesesuaian dengan seksyen 77 dan 78 pada Tindakan Hakcipta Rekaan dan Paten 1988. Hak moral sebagai penulis adalah ditegaskan.

Di dalam kerja fiksyen ini, watak dan peristiwa adalah imaginasi penulis atau digunakan sebagai fiksyen semata-mata. Sebahagian tempat mungkin ada, tetapi peristiwa yang berlaku hanya rekaan.

Hubungi saya di:

http://facebook.com/angunjones

http://twitter.com/owen_author

owen@behind-the-smile.org

http://owencerijones.com

Sertai suratkhabar kami untuk maklumat dalaman

untuk buku dan penulisan Owen Jones

dengan memasukkan e-mel anda di sini:

http://meganthemisconception.com

Cerita-cerita pendek yang lain dalam siri yang sama:

Siri Megan

Pemandu Roh, Hantu Harimau dan Ibu yang Menakutkan!

Salah Faham

Megan ke Tigabelas

Perjalanan Sekolah Megan

Peperiksaan Sekolah Megan

Pengikut-pengikut Megan

Megan dan Kucing yang Hilang

Megan dan Datuk Bandar

Megan Berdepan Ejekan

Kunjungan Datuk dan Nenek Megan

Bapa Megan Jatuh Sakit

Megan Pergi Bercuti

Megan dan Pencuri

Megan dan Penunggang Basikal

Megan dan Perempuan Tua

Taman Megan

Megan Pergi ke Taman Haiwan

Megan Pergi Mengembara

Megan dan Pertandingan Masakan W. I.

Megan Pergi Menunggang

Megan Pergi Berlayar

Megan di Karnival

Megan masa Hari Natal

1 DEDIKASI

Edisi ini didedikasi kepada isteri saya, Pranom Jones, kerana membuat hidup saya sesenang yang dia boleh, dia membuat yang terbaik untuk itu dan kepada ibubapa saya, Colin dan Marion, untuk didikan yang mereka berikan kepada saya dan abang-abang saya. Karma akan dibayar kepada semua dengan adil.

1 TERIMAKASIH

Kepada isteri saya, Pranom kerana bersabar dan kawan saya Tuan David Prosser untuk pertolongan membuat reka muka depan.

1 KATA-KATA INSPIRASI

"Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana kamu mendengarnya,

Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana ianya dikatakan dan dihebahkan ramai,

Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana ianya tertulis dalam kitab-kitab agama,

Jangan percaya pada sesuatu hanya kerana kewibawaan guru-guru dan orang-orang tua,

Jangan percaya kepada tradisi sebab ianya dibawa oleh generasi terdahulu,

Tetapi setelah dilihat dan diselidiki, jika sesuatu boleh diterima akal dan mempunyai kebaikan dan bermanafaat kepada sesuatu dan semua, terimalah ia dan hidup kerananya."

Gautama Buddha

------

Roh yang Hebat, suaramu di atas angin, dengarlah. Tingkatkanlah tenaga dan pengetahuanku.

Buatkan aku terpegun dengan matahari terbenam yang merah dan ungu. Membuatkan tanganku hormat kepada benda-benda yang kamu berikan.

Ajarku rahsia tersembunyi di bawah setiap daun dan batu, sebagaimana kamu mengajar orang-orang terdahulu.

Biarkanku gunakan tenagaku, bukan untuk jadi lebih baik dari saudaraku, tapi untuk melawan musuhku yang terhebat - diriku sendiri.

Biarlah aku datang padamu dengan tangan bersih dan hati yang terbuka, seperti bumi yang tersebar merundum seperti matahari terbenam, Rohku akan kembali padamu tanpa malu.

(Berdasar pada doa tradisi Sioux)

1  CONTENTS

1 Pilihan Hobson

2 Peningkatan Kesedaran

3 Penolong Kecil Ibu

4 Inspirasi

5 Jiran Tetangga

6 Kawan-kawan Megan

Yang Tidak Dibenarkan

1 1 PILIHAN HOBSON

Megan dikunci di dalam bilik gelap arang batu lagi dan seakan mahu menangis. Dia cuma berumur dua belas dan tidak memahami kenapa ibunya sanggup berbuat begitu jahat padanya. Ianya sudah berlaku setengah dozen kali, tetapi sesungguhnya, dia fikir, ayahnya tidak tahu mengenainya. Dia tidak pernah memberitahu ayahnya dan yakin ibunya juga tidak memberitahunya juga.

Ada perjanjian senyap antara dia dan ibunya untuk tidak mengecewakan satu sama lain, tetapi sekarang sekali lagi, duduk dalam bilik gelap, dalam kekotoran dan debu dengan apa jua binatang buas yang mengintainya.

Dia tidak tahu. Ianya gelap gelita dan seluruh tenaganya cuba untuk tidak menangis dan merayu pada ibunya untuk dibebaskan. Tetapi dia pernah cuba beberapa kali dan ibunya telah meletakkan syarat keterlaluan padanya untuk melepaskanya. Syarat-syarat yang dia tahu dia tidak boleh penuhi, walau dia cuba sedaya upaya.

Kadang-kadang, ianya seakan dia keseorangan yang jujur dalam perjanjian itu.

Walaupun begitu, tangisan mula membasahi pipinya lagi, menjadi sungai yang menghilang melalui debu di mukanya, mencuci debu arang batu ke atas baju sekolahnya. Ianya keterlaluan, sangat keterlaluan. Bagaimana seseorang yang memahami dirinya, boleh memperlakukan kekejaman kepada satu-satu anak perempuannya?

Megan melompat terkejut bila ibunya terlanggar pintu dengan penyedut hampagas sebaik melaluinya. Tidak ada cahaya langsung untuk mententeramkannya, jadi dia buat apa yang membuatnya paling selesa dan memanjat longgokan arang batu ke dinding dan ke kanan sehingga bertemu bucu.

Di situ, dia mengulung kain panjangnya keliling kakinya untuk menutup apa-apa yang boleh merangkak ke bawah bajunya dan memasukkannya ke bawah badannya. Dia mengenakan semua butang bajunya, tarik setokin ke atas, tarik baju sejuknya naik ke kepala dan masukkan tangan ke dalam lengan bajunya. Inilah, Megan tahu ianya cara paling selamat dari apa jua yang hidup di dalam bilik gelap arang batu itu. Dia tidak takut pada hantu dan sebagainya, cuma itu masalahnya, tetapi dia tidak suka serangga merayap ke atasnya dan tidak sanggup digigit dan darahnya disedut. Dia takutkan labah-labah juga, tapi berselubung macam kepompong dalam baju sekolahnya, dia tahu ada beberapa inci balutan di atas setokinnya yang serangga merayap perlu tembusi. Yang penting ada beberapa inci padu di sisinya, sebab tangannya mendakap betisnya rapat ke peha.

Dia berhajat untuk berhenti menangis. Walaupun sekejap, tapi dia tahu yang dia perlu tunggu dan lambatlaun akan dibebaskan. Dia juga tahu bila - lebihkurang lima-tigapuluh, memberinya setengah jam untuk membersihkan dirinya sebelum ayahnya pulang ke rumah dari kerja.

Megan faham kenapa ibunya membuat begitu. Ianya sebab ibunya takut dan Megan tidak. Ibunya takut untuk anak perempuannya dan mahu anaknya takut sepertinya. Masalahnya Megan tidak takut dan tidak nampak apa yang perlu ditakutinya. Dia cuba menjelaskan beratus kali pada ibunya, tapi ibunya suruh dia diam secara berkias atau berlapik seperti sekarang.

Kedua ibubapanya beragama Katolik, tapi ibunya sangat taat pada Katolik dan ayahnya tidak sebegitu. Ibunya takutkan hari akhirat, itu yang disebutnya, tapi bukan untuk dirinya, di mana dia anggap dirinya seorang Katolik yang baik dan percaya yang tempat di surga sudah disediakan, jika dia teruskan tugasannya. Masalahnya, disebabkan Megan, bahawa ibunya fikir yang sebahagian tugasnya ialah mengunci anak perempuannya di dalam bilik gelap arang batu, itulah mengapa dia berada di situ sekarang.

Kedua ibubapanya beragama Katolik, tapi ibunya sangat taat pada Katolik dan ayahnya tidak sebegitu. Ibunya takutkan hari akhirat, itu yang disebutnya, tapi bukan untuk dirinya, di mana dia anggap dirinya seorang Katolik yang baik dan percaya yang tempat di surga sudah disediakan, jika dia teruskan tugasannya. Masalahnya, disebabkan Megan, bahawa ibunya fikir yang sebahagian tugasnya ialah mengunci anak perempuannya di dalam bilik gelap arang batu, itulah mengapa dia berada di situ sekarang.

Ayahnya juga dilahirkan beragama Katolik, tapi tidak setaat ibunya. Ayahnya percaya jika seseorang inginkan kesengsaraan abadi, itu adalah hak mereka. Ayahnya menjaga rohnya sendiri dan roh orang-orang yang disayanginya, tapi dia percaya pada kebebasan memilih, sekalipun untuk gadis kecil.

Megan menyayangi kedua ibubapanya walaupun diperlakukan sebegitu oleh ibunya, sebab, walaupun dia masih muda, dia tahu ibunya hanya inginkan yang terbaik untuknya. Dia cuba menyayangi kedua-duanya sama-sama, tapi masalahnya, dalam fikiran Megan, bahawa ibunya mungkin tidak jumpa guru yang bagus atau terlalu takut untuk percaya mata, telinga dan derianya sendiri.

Dia juga tidak pasti apa ianya itu, tapi dia tahu yang dia dapat ianya dan juga orang lain, tetapi ibunya tidak mengaku akan ia dan tidak mahu percaya yang ada orang lain yang juga dapat ia. 'Lagipun', ibunya berkata padanya, 'saya tiga puluh empat dan kamu cuma dua belas. Saya belajar di sekolah Katolik, padahal kamu pergi ke sekolah antaradenominasian menyeluruh'.

Ibunya nampaknya tidak ada masalah dengan sistem persekolahan yang menyeluruh, tapi dia menggunakan perkataan 'antaradenominasian'. Megan tidak pernah faham masalah ini. Dia sudah berjumpa kedua-dua yang baik dan buruk, pandai dan yang kurang pandai dan sedar dan yang kurang sedar dari semua agama.

Ibunya jatuh pada kategori yang baik di hati, pandai dan sedikit sedar.

Bapanya adalah baik, pandai dan tinggi kesedaran.

Megan merasakan dirinya baik, sedikit pandai dan sangat sedar.

Itulah masalah dia. Itulah sebab dia terperok di bucu lubang hitam legam arang batu dengan macam-macam benda mungkin merangkak di atasnya pada saat itu. Dia mengigil memikirkannya, tapi kegelian itu sudah hilang sekarang bila dia tahu yang ianya akan terjadi akhirnya.

Dia tahu dia ada dua pilihan.

Dia boleh beritahu bapanya apa yang berlaku di belakang bapanya dan memulakan pergaduhan, yang mana ianya mungkin menyebabkan perceraian atau dia diasingkan penjagaan atau dia boleh berpura-pura tidak sedar, seakan dia biasa berbuat sedemikian.

Megan belajar yang perbuatan terbaik bila dikunci dalam bilik gelap, ialah memikirkan benda lain dan subjek yang dia suka fikirkan ialah kawan-kawannya. Dia tidak mempunyai ramai kawan tapi mereka istimewa padanya. Kawan kesukaannya ialah atuknya, Wacinhinsha dan kucing peliharaannya.

Dia tutup mata, cuba rehat dan cuba menggambarkan mereka berdiri di hadapannya atau duduk di sebelahnya. Ini sentiasa memberikan dia perasaan yang hangat dan oleh itu dia berbuat demikian bila bersedih. Itu adalah muslihat kecilnya untuk melegakan diri bila kehidupan seakan tidak adil.

Megan fikir dia terasa ada sesuatu tersentuh pehanya dan terdengar bunyi lemah yang dilitupi oleh baju sejuknya.

Dia kaku sejenak.

1 2 PENINGKATAN KESEDARAN

Ianya bermula semasa dia kanak-kanak. Dia dijaga oleh nenek sebelah ibunya semasa siang, kerana kedua-dua ibubapanya bekerja. Ibubapa kepada ibunya jenis yang bertradisi, di mana si suami keluar bekerja dan si isteri duduk di rumah dan buat kerja-kerja rumah kerana anak-anaknya sudah berkahwin dan tidak tinggal di rumahnya. Puan White tiada kawan-kawan sendiri. Semua orang yang dikenalinya adalah kawan atau isteri kepada kawan suaminya dan apabila suaminya meninggal, Puan White tidak punya sesiapapun sebagai kawan.

Beberapa kali, Puan White berfikir yang dia akan menjadi gila dari kebosanan dan kesunyian.

Dengan adanya Megan untuk dijaga pada siang hari dan sesekali pada malam juga adalah suatu kesyukuran. Puan White ingin memberitahu ramai orang yang ianya berhenti menjadikan dia jadi gila dari kesunyian, tapi beberapa tahun kemudian, Megan selalu berfikir mungkin dia datang terlalu lambat untuk memberhentikan proses itu dari bermula.

Indikasi pertama yang sesuatu tidak kena adalah bila Megan masih bayi. Megan mula mengangkat mainan dan barang-barang dengan tangan kiri, ianya merupakan petanda sangat buruk pada Puan White. Pada mulanya, Puan White cuma pindahkan barangan itu pada tangan kanan Megan dan berkata, 'Tangan kiri jahat, tangan kanan baik', tetapi selang beberapa minggu, bila Megan masih belum 'belajar' cara yang betul berbuat sesuatu, dia dipukul pada tangan kiri dan peringatan yang tangan kiri adalah jahat.

Sebagai kanak-kanak pada usia itu, selepas latihan cara Pavlov yang tegas, Megan belajar menggunakan tangan kanannya. Neneknya sangat gembira bagaimana Megan bertindakbalas terhadap latihannya, kemudian pada satu hari neneknya mengumumkan berita baik itu pada anak perempuannya, yang tidak pun perasan, yang Megan sekarang hanya menggunakan tangan kanannya untuk mengambil barang-barang, padahal sebelum ini dia gemar menggunakan yang kiri.

Suzanne, ibu Megan, tidak fikirkan apa-apa tentang itu. Dia tahu ibunya ada perbuatan 'pelik sedikit', dan membiarkannya berbuat begitu. Walaubagaimanapun, dia tidak ingat yang ibunya juga melatih dia seperti itu dan jika dia tidak, dia akan menjadi seorang yang berbeza. Pada mulanya, dia mungkin menjadi kidal.

Suzanne tidak beritahu suaminya, Robert, yang Megan dilahirkan cenderung menggunakan tangan kiri, tetapi telah 'dipukul' keluar dari melakukannya, sebab, sebagai seorang kidal juga dan lebih bertoleransi dengan tahyul lama, suaminya tidak mungkin setuju. Salah satu sebab Puan White tidak menyukai Robert adalah kerana dia kidal, tapi dia rasakan ianya terlalu lambat untuk selamatkannya dan rohnya.

Dia cuba sedaya upaya untuk menyukarkan Suzanne jatuh cinta dan akhirnya mengahwini Robert. Dia berleter, halang anaknya keluar, berhenti memberi duit poket yang sememangnya sedikit dan menguncinya dalam almari penyapu bawah tangga.

"Saya tak percaya yang anak saya akan berkelakuan seperti kamu", dia selalunya berteriak memukul pintu almari semasa melaluinya. "Saya rasa mesti ada pertukaran di hospital. Saya tak mungkin dapat anak seperti kamu."

Suzanne bertuah. Mereka ada gudang arang batu di rumah bukan bilik kecil arang batu, tapi dia rasa yang almari penyapu adalah tempat yang menakutkan juga, walaupun sebagai remaja, dan alasan yang sama mengapa Megan juga tidak menyukainya dan lagipun, sebab Puan White telah beritahu anaknya yang mungkin terdapat 'hantu dan setan' di dalamnya. Dia menasihati Suzanne semasa perkara tersebut untuk duduk diam di bucu dan litupkan kepala, 'supaya hantu-hantu dan setan-setan tidak nampak dia'.

Sejak Megan belajar bercakap, Puan White menjadikan ia kebanggaan perbadinya. Dia tidak berikan Suzanne atau Robert penghargaan langsung dalam perkara itu, memberitahu kawan-kawannya yang dikatakan 'ibubapa moden' sebagai tidak memberi masa kepada anak-anak dan jika tidak kerana datuk dan nenek mereka, generasi akan datang akan menjadi 'sangat tolol'.

Ramai yang mengenali Puan White tahu perangainya dan cuma mengganguk setuju, tukar subjek atau berlalu pergi, jika ada peluang. Perbualan selalunya berbunyi seperti:

"Ah, Puan White, saya pasti kamu melakukan yang terbaik membantu anakmu menjaga si kecil Megan... Bagaimana bunga-bunga begonia tahun ini?"

Dan itulah, bagaimana si kecil Megan ditinggalkan dengan kerenah-kerenah neneknya, setelah Encik White tiada lagi di bumi untuk mengawal imaginasinya, walaupun, yang sebenarnya, ianya tidaklah benar sebenarnya. Semasa duduk di atas lantai dekat kaki Puan White, Megan kadangkala hulurkan mainan kepada 'Datuknya'.

Tasuta katkend on lõppenud.

€2,99

Žanrid ja sildid

Vanusepiirang:
0+
Ilmumiskuupäev Litres'is:
26 jaanuar 2021
Objętość:
60 lk 1 illustratsioon
ISBN:
9788835416777
Tõlkija:
Õiguste omanik:
Tektime S.r.l.s.
Allalaadimise formaat:
Tekst
Keskmine hinnang 4,3, põhineb 302 hinnangul
Audio
Keskmine hinnang 4,7, põhineb 1101 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,7, põhineb 15 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,7, põhineb 593 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 4,9, põhineb 405 hinnangul
Audio
Keskmine hinnang 4,9, põhineb 166 hinnangul
Audio
Keskmine hinnang 4,6, põhineb 546 hinnangul
Tekst, helivorming on saadaval
Keskmine hinnang 4,8, põhineb 9 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 3,5, põhineb 2 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul
Tekst
Keskmine hinnang 0, põhineb 0 hinnangul